Thursday, September 20, 2012

Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian damai diantara pihak musyrikin Quraisy Mekah dengan Rasulullah yang berlaku  pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 hijrah (Mac 628). Perjanjian Hudaibiyah ini dinamakan sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani iaitu di perkampungan Hudaibiyah.
Tapak masjid Hudaibiyah (lama) ini yang menjadi tempat Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.

Rentetan Peristiwa 

Sebelum itu, Rasulullah telah bermimpi, baginda mengunjungi Baitullah,  bercukur rambut, mengambil anak kunci Baitullah & Wukuf di Arafah bersama-sama sahabat. Rasulullah mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi  menunaikan ibadah umrah. Tambahan lagi perasaan rindu yang amat sangat terhadap keluarga, sanak saudara & tempat kelahiran para sahabat di Mekah, membuat lagi perasaan mereka kuat & berazam untuk menziarahi Baitullah

Dengan keyakinan umat Islam yang sudah kuat & mantap, Rasulullah bersama 1400 orang Islam termasuk 200 pasukan berkuda (sebagai pengawal keselamatan dan pasukan peninjau) pergi ke Mekah pada 1 Zulkaedah tahun 6 hijrah untuk mengerjakan umrah. Rombongan ini tidak melalui laluan utama dengan mengambil jalan berliku dicelah-celah bukit bagi mengelak bertembung dengan musuh. Malahan mereka tidak membawa senjata kecuali pedang musafir. Selain itu mereka membawa 70 ekor binatang ternakan sebagai bekalan makanan.

Di sepanjang perjalanan dari Bi’r Ali  Zulhulaifah, mereka memakai pakaian ihram dan bertalbiah. Apabila rombongan Rasulullah telah hampir ke Kota Mekah, pihak musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka Budail bin Warqa' al Khuzai  datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Rasulullah telah memaklumkan  bahawa kedatangan orang Islam adalah untuk menziarah bukan untuk berperang. Sekembalinya Budail ke Mekah, pihak musyrikin menghantar pula Urwah bin Masud utk berunding dengan Rasulullah. Namun gagal mencapai sebarang persetujuan, malah pihak musyrikin Quraisy sudahpun mengumpulkan pasukan tentera berjumlah 8 ribu orang dan lengkap bersenjata.

Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk berunding sekali lagi dengan pihak musyrikin. Malangnya Uthman bin Affan ditahan selama 3 hari dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar atau berbaiah (bai'at) untuk menuntut atas kematian itu. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian di antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy. Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berikrar : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan".

Ikrar itu dikenali sebagai Baiah Ridhwan atau Bai’tus Syajarah iaitu sempena tempat  janji setia itu  diadakan iaitu di bawah pokok bernama  "Ridhwan"  ( Surah al Fath , ayat: 10). Apabila mendengar berita ini, pihak musyrikin ketakutan dan membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Rasulullah.  

Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan inilah membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah" yang mana berlaku di perkampungan Hudaibiyah. Saidina Ali r.a. bertindak sebagai pencatat perjanjian damai bagi pihak kaum muslimin ketika itu.

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
  • Gencatan senjata selama 10 tahun.
  • Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  • Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  • Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian atau persahabatan dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
  • Orang Islam hanya dibenarkan memasuki Mekah pada tahun  hadapannya dan disyaratkan hanya membawa senjata bersarung dan berada  di Mekah tidak lebih daripada tiga hari.
Pada mulanya para sahabat terutama Saidina Umar al Khattab mempertikaikan syarat-syarat perjanjian itu kerana kelihatan merugikan orang-orang Islam. Rasulullah pula melihat apa yang tersirat dari yang tersurat lantas bersetuju dengan syarat tersebut.

Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
  • Orang Islam berpeluang menunaikan ibadat haji pada tahun hadapannya (629 Masihi) dan seterusnya.
  • Kehidupan masyarakat aman dan damai.
  • Pengiktirafan kepada Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
  • Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain. Rasulullah menghantar utusan kepada kabilah-kabilah sekitar Madinah yg dinamakan”Sariyyah" pada tahun ke7 Hijrah
  • Berkembangnya syiar Islam dengan selesa merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah. Rasulullah juga menghantar utusan ke negeri asing untuk menyeru raja-rajanya peluk Islam.
  • Ramai orang kafir memeluk agama Islam secara terang-terangan tanpa risau dihukum oleh pihak musyrikin Quraisy.
  • Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada musyrikin Quraisy.
  • Melambangkan ketokohan Rasulullah yang unggul sebagai pemimpin yang amat dikagumi dan secara tidak langsung telah mengajar umatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
Tidak sampai setahun terbukti Perjanjian Hudaibiyah menguntungkan orang-orang Islam. Perjanjian Hudaibiyah itu mempercepatkan kemenangan bagi umat Islam. Perjanjian itu telah mengubah kedudukan agama Islam menjadi semakin kuat dan kedudukan kaum Quraisy di Mekah menjadi semakin lemah dalam masa yang singkat. Akhirnya membawa kepada penaklukan Kota Mekah. 

Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul oleh kaum musyrikin selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Mekah dan berjaya menguasai Mekah semula tanpa pertempuran yang besar. Beberapa tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah telah memeluk Islam dan menjadi ikutan kepada orang-orang arab Quraisy yang lain.

13 comments:

  1. Apa berlaku kepada saidina uthman bin affan selepas dia ditangkap oleh musyrikin mekah selepas perjanjian Hudaibiyyah?.. Adakah dia tetap berada dalam tahanan musyrikin mekah?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberi info ini.

    ReplyDelete
  3. Apakah persetujuan utama antara musyrikin Mekah dengan orang islam???????? Tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas tolong balas

    ReplyDelete
  4. Pls replyy]yy]yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyuyyyyyyyyyyyyyyyuhhyyyyyyyyuuuyyyyuyyyyyyyyyyyyy]yyyyyy]yyyyyyyyyyytytyty5yyytyyyyytytytytyt

    ReplyDelete
  5. So FB di di sk tu ek ek rm CT hi dh ni Ki ke je see all FB TH hi Dr ni GT he di atas yg tv saya ni baru perasan yang blog ini tidak pernah berlaku dalam sejarah ye tak ye tu aku dah siap ft dunia dan di mana tuuiii dia 6y di TGV Sunway Damansara di hari raya aidilfitri yang bakal
    Dah siap nanti saya buat lgi duk takuk kepala saya x buat lgi duk mna plak tu aku nk buat apa saja yang boleh kita lakukan saya pun tak tahu nak buat apa nak jadi ikutan dan teladan yang baik dan tidak ada kat sini kita dapat lihat dan baca dan fahami apa yang berlaku di dalam sejarah ye

    ReplyDelete
  6. Siapakah wakil pihak Islam dalam perjanjian hudaibiah......tolong jawab .....,

    ReplyDelete
  7. Dimanakah berlaku perjanjian hudaibiah?

    ReplyDelete